Friday, 10 June 2011

nur balqis

pertama kali aku tgk mata dia,aku terus jatuh cinta.tapi,aku sedar aku siapa nak dibandingkan dengan dia.Dia tu hensem,sweet,cute,adorable dan sewaktu dengannya.nak datang dekat dengan die pun aku takut.takut die pelangkung aku sebab aku ni dah la tak cantik, tak pandai pulak tu.mane la boleh nak digandingkan dengan dia,manusia paling popular dalam universiti yang tengah aku duduk belajar ni.kawan aku yang cun-melecun pun,die marah bila datang dekat.apatah lagi aku yang muka ala-ala gorila gitu.pendek,montel tapi maintain cute,tau??haha!!!

nak dijadikan citer,duduklah aku satu kelas dengan die.melonjak kegembiraan hati aku.yahoooo!!!!!!!!!!.tapi,bila difikirkan balik,die bukannya kenal aku pun.name dia satu universiti tahu.kalau name aku,jabatan disiplin kenal la sebab selalu buat hal.haha!!semenjak aku satu kelas dengan dia,sengaja aku duduk tempat tak jauh dari dia.tak dapat duduk sebelah, tak apa,asalkan dapat tengok muka die yang hensem tu.buat penyejuk hati la katakan.haha!!banyak kali jugak pandangan kitorang bertemu,tapi cepat-cepat aku alihkan pandangan aku. takut die perasan lak yang aku ni suke die. bila pensyarah mulakan pengajaran,mula la mata aku cari muka dia.segala yang pensyarah ajar,memang tak masuk la.sebab tu bila ujian,muka aku la yang dapat markah paling rendah. tak macam dia,markah memang tinggi gila nak mampus. dia pun dah jadi pelajar kesayangan pensyarah. sah-sah dapat carry mark tinggi.

ade la satu hari tu,aku tak tau la jadi macam mane,aku ditakdirkan satu kumpulan die dalam buat assignment. bila aku dapat berita tu,berdegup jantung aku. macam-macam aku fikir. nak kena control ayu,maintain cute n budget pandai depan die.kalau tak,mesti die ingat aku ni perempuan paling bodoh dalam dunia ni.huhu!!nak dipendekkan cerita,hadirlah aku dalam perbincangan kumpulan kitorang ni. ade lima orang semuanya.aku pun tak tahu macam mana aku boleh termasuk dalam kumpulan ni.mereka semua ni semuanya elit-elit belaka.bila aku sampai,mereka pandang aku semacam je.ye la,kan aku budak tak pandai.termasuk la lelaki yang aku puja tu. bila semua dah duduk, lelaki pujaaan semua orang tu mulakan perbincangan. siap baca al-fatihah lagi. ya allah,memang calon suami yang bagus ni.tapi satu je la yang aku tak suka...ade ke patut bila dah setengah jam perbincangan tu,dia pandang aku,lepas tu tanya, "saya tak pernah tengok awak pun dalam kelas selama ni??betul ke awak satu kelas dengan kitorang ni??"....semua ahli kumpulan aku yang lain pergi bantai gelak guling-guling.malunya aku!!!aku diam je..rasa macam nak nangis je rasanya...habis,yang selama ni yang dok dekat dengan dia sapa???siap bertemu pandangan lag...takkan la tak cam lag aku yang cute ni??tapi, tak apalah..ini mungkin detik perkenalan aku dengan dia.
" woi,Hafiz!takkan la ko tak kenal dia??yang selalu kena panggil dengan jabatan disiplin tu la",kawan die merangkap ahli kumpulan aku beritahu die.dia mengangguk je.lepas tu,siap kerut-kerut kening la.lama dia fikir aku ni siapa.
" haaaa!!!ingat dah....yang selalu kene marah dengan pensyarah sebab dapat markah rendah,kan??",die tanya sambil tuding jari dia kat aku. dengan muka yang macam nak menangis,aku agguk je.isy!!benda-benda yang memalukan aku je la yang diorang ingat.rosak plan aku nak ngorat die.dah tak boleh control ayu dah.maruah aku hancuss...huhu!!!!aku diam je sepanjang perbincangan tu.nak cakap macam mana?semua benda yang diorang bincang tu,semuanya aku tak tahu.baik diam dari cakap benda yang salah.huhu!!
"erm...pe nama awak tad???haa!!!balqis,kan??saya nak awak cari maklumat pasal tingkap.nanti jumpe lagi sekali,saya nak awak ada maklumat tu. nak terus masuk dalam report,faham??",die bercakap sambil tengok mata aku. waaaahhhhhh!!!kali pertama die bercakap macam ni dengan aku.berbunga hati aku.aku pandang je muka dia.ya allah,hensemnya.....macam lee sungmin....
"WOOOOIIII!!!!awak dengar ke tak ni???",dia hempas meja depan aku.Alamak tak sedar la plak....kantoi sudah!!!aku mengangguk je la.yang aku sempat tangkap,perkataan tingkap je la.yang lain aku tak dengar sebab tengok muke die tu.

adalah satu hari tu,tiba-tiba jer telefon aku bunyi. naik pulak nombor yang aku tak kenal. tapi aku angkat jugak la...mana la tahu,kot-kot penting ke...
"assalamualaikum..",aku bagi salam dulu.
" waalaikummussalam. ni balqis,kan?ni saya la,Hafiz",hafiz???berbunganya hati aku!!!
"erm....ye,hafiz..nape???saya ada buat salah ke?",buat-buat innocent dulu...
"haha!kenape awak takut?saya hanya nak tanya..macam mana dengan maklmat pasal tingkap yang saya suruh awak cari tu?dapat ke tak?"
"erm...dah dapat tapi tak pasti ia menepati cita rasa awak atau tak."
"laa....kenapa tak hantar kat saya??"
"awak tak mintak.."
"hisy!!Mak cik ni!!aku dah mintak dari awal-awal kan???aku nak sekarang..kejap lagi jumpe aku kat depan cafe.",aik??tukar bahasa pulak???memang garang la budak ni.
"haa????errr.....ok.....",die terus letak telefon. aku pun apa lagi terus siap mandi,pakai baju. sembur minyak wangi sampai separuh botol. ye la...takut-takut dia tak suka aku ni busuk.aku terus menuju ke cafe yang kitorang janji tu.

bila dah sampai tu,mata aku terus cari kelibat si Hafiz ni. alamak,cafe ni bukannya kecil,besar gak....5 minit gak aku berdiri mcm tunggul sampai mata aku naik juling mencari si Hafiz. tiba-tiba je,bahu aku kena sentuh dari belakang.
"Omakkkk kau!!!!!", aku melatah. aku rase cam nak lempang jer orang yang main-main sentuh ni....tapi,bila aku paling...alamak....hafiz....tak pe la...letak la lame sket tangan ko tu kat bahu aku.aku redha jer.hehe!!
"ha!!mane maklumatnye?",die terus tanya.aku yang tengah berangan ni terkejut jadnya.dah lah datang mengejut,lepas tu,disergahnya aku.aku pun jad menggeletar la....terlepas segala kertas yang aku pegang..terpaksa la aku kutip kertas-kertas tu..yang seronoknya,dia pun bongkok sekali kutip kertas aku tu..mata kitorang pun terpandang.....
"kuch kuch hota hai...."....lagu yang berkumandang dalam otak aku......aku terus berhenti kutip kertas yang berterabur tu....aku tengok je gelagat dia lepas die paling tempat lain....
"Mak cik!!kutip la kertas 2....nak kata bengap,dah lepas masuk u dah....hisy!!ade ditengok aje kertas tu terbang???aku pelangkung jap gi baru tau!!",tiba-tiba hafiz tengking aku....
"woi,sedare,cakap tu elok la sket....ko tu melayu...belajar budi bahasa,kan???nah!ambik sume kertas ni.....ni maklumat yang ko nak kan???lepas ni,ko jangan cari aku dah!!",aku marah dia balik...ye la...memang la aku minat kat dia, tapi tak semestinya dia boleh pijak maruah aku sesuka hati...ada ke patut tengking aku di tengah-tengah orang ramai ni??sentap la aku....aku terus pergi macam tu je....tanpa aku sedar,yang aku telah tinggalkan fail aku sekali...yang ade gambar dia.....

sampai bilik,aku rase cam nak nangis.....untuk mencari ketenangan.aku nak tengok gambar hafiz yang aku minat tu...tercari-cari aku gambar tu....semua tempat aku selongkar...almari,katil,tilam,bilik air dan sewaktu dengannya. bila tak ada tu,aku gelabah la...mana pergi gambar dia ni??mampus la orang tahu aku minat kat si hafiz tu..aduyaiiii....
"HAAAA!!!!dalam fail yang aku bawak pergi jumpa hafiz.....tapi fail tu pulak mane??fail tu pulak hilang sekarang ni!!!",aku mengeluh.......
"Sorry,sorry,sorry"....eh!telefon aku bunyi....tengok nombor dulu...alamak!!sape ni????ahhh......angkat je la........
"Haallllooooooo........",aku kate.
"Assalamualaikum..eh,cik balqis,kita kan orang melayu, tak belajar budi bahasa angkat telefon ke??",suara lelaki yang menjawab....
"erk...ni sape?",hairan aku...aku tak kenal,tiba-tiba nak sound aku....
"buat-buat tak kenal pulak.....ni aku la,hafiz...",aku tepuk dahi..alamak!!aku terlupe save nombor dia laa....
"hmm..ko nak apa??",aku buat-buat dingin....tapi dalam hati,melompat keriangan.
"ko tinggal ko punya fail ni.ko nak ambik ke tak?",lembut semacam je suara die aku dengar..
"nak la...rahsia aku dalam tu,kowt..",aku berdoa yang dia tak tengok gambar dia dalam fail tu..huhu!!
"malam nanti,kita jumpa kat depan asrama ko??ok?kul 9 malam",lepas dia cakap tu,die terus letak telefon dia. apa punya orang laa....bukan nak bagi salam dulu....aku tengok jam,dah pukul 8.30......aku apa lagi...kelam kelibut menyiapkan diri nak jumpa dia...mandi,pakai baju....isy!takkan nak cerita jugak..hehe!!

tepat pukul 9.00,aku dapat panggilan...sape lagi,kalau bukan hafiz....aku tengah betulkan tudung....tapi,aku angkat jugak.....
"assalamualaikum...cik balqis,tak siap lagi ke??",hafiz bertanya..
"nak turun la ni.....tunggu la kejap",aku terus betulkan lilitan tudung aku. lepas 5 minit,aku pun turun.....alangkah terkejutnya aku bila dia pakai baju yang smart gila...boleh plak same warna dengan aku.....dah la 2...siap tatang kek yang ade lilin....
"errr...sedare??ape ni??",aku mendekati dia....
"assalamualaikum,cik balqis.......saya nak tanya awak,sudi tak awak jadi kekasih saya?",apa kejadahnya dia ni....
"kenapa tiba-tiba je ni??mana fail saya??",aku dah gelabah...april fool kut...tapi hari ni bukan 1hb april........
"sebenarnya,cik balqis....saya dah lama suka awak....sejak kita masuk satu kelas.....saya selalu nak duduk dekat dengan awak,selalu curi-curi pandang awak...tapi,saya malu nak mengaku sampai saya terjumpa yang ni.."...dia letak kek tu atas meja dan tunjuk kat aku gambar dia dalam fail aku...
"Saya tak sangka awak pun minat kat saya", hafiz menghabiskan ayat dia....
"emmmm.....hehe!!alamak,kantoi pulak....tapi,bukan awak tak kenal saya ke??",aku tanya dia balik...hairan aku tiba-tiba je dia buat macam ni kat aku...
"Saya saje je...sebenarnya,saya yang suruh pensyarah letak awak satu kumpulan dengan saya....saya nak kenal awak,nak jadi kawan awak....tapi, tak sangka pulak.....fail awak boleh jatuh kat tangan saya..haha!",walaupun gelap,aku boleh nampak dia punya muka malu-malu kemerahan....aku,apa lagi...terus mengangguk bertalu-talu....mestilah aku setuju..hehe!!mana boleh tolak rezeki...hehe!
"En hafiz,saya sudi jadi kekasih awak..tapi,ade syarat.."..aku cakap kat dia...
"apa??",dia tanya balik...
"awak tak boleh garang dengan saya...tak boleh tengking-tengking saya..ok tak?boleh janji?",aku buat muka kesian..
"yer la,sayang...dah la...jom makan kek ni.."....eh..dah sayang-sayang...lepas ni darling-darling pulak..hehe!!aku duduk join makan kek yang dia bagi dan bagi aku itulah malam yang terindah untuk aku,insan yang bernama Nurul Balqis....dan untuk pengetahuan korang,aku dah pun bernikah dengan hafiz dan bakal dikurniakan anak ke-2 bulan september nanti...doakan kami bahagia,ye??


THE END....

hasil nukilan,
~tsumoru~

2 comments:

  1. best! ada bakat yat..kalo asah lg da bomb cite ko ni..kasi konflik sikit baru umphh..try wat novel =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx tp kn..aku mereka cte mmg pandai..nk tkr jad tulisan mmg aku x pndai...

      Delete